1. Pendaftaran ini tidak menjamin bahawa pembekal/ pekhidmat akan mendapat tawaran kerja daripada pihak FRIM; 2. Pembekal/ Pekhidmat boleh mendapatkan maklumat mengenai Sebutharga (RM 20,000.00 sehingga RM 500,000.00) dilaman sesawang FRIM dan dipapan kenyataan di Bangunan Pentadbiran FRIM (D1); 3. Bagi tawaran tender yang nilai kerjanya melebihi RM 500,000.00, pihak FRIM akan mengiklankan sekurang- kurangnya di dalam satu akhbar harian utama Bahasa Melayu; 4. Pembekal/ Pekhidmat yang dihantar terus tawaran sebutharga ke alamat pendaftaran yang diberikan, sekiranya tidak sampai, salah alamat, alamat tidak lengkap ataupun berpindah tanpa memaklumkan kepada FRIM, pihak FRIM tidak akan lagi menghantar sebarang tawaran sebutharga kepada pihak pembekal/ pekhidmat; a. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM); b. Kementerian Kewangan Malaysia termasuk Pengiktirafan Bumiputera (jika ada); c. Pendaftaran GST (jika berdaftar); d. Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) - jika ada. 5. Pembekal/Pekhidmat yang dihantar terus tawaran sebutharga ke alamat pendaftaran yang diberikan, sekiranya tidak sampai kerana salah alamat, alamat tidak lengkap ataupun berpindah tanpa memaklumkan kepada FRIM, pihak FRIM tidak akan lagi menghantar sebarang tawaran sebutharga kepada pihak pembekal/ pekhidmat; 6. Adalah menjadi tanggungjawab pihak pembekal/pekhidmat untuk memastikan bahawa maklumat syarikat di dalam Myportal adalah yang terkini kerana maklumat pendaftaran syarikat boleh dikemaskini pada bila-bila masa; 7. Jika sijil-sijil pendaftaran dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Kementerian Kewangan (MOF)/CIDB yang telah tamat tempoh, pembekal/pekhidmat tidak akan mendapat sebarang tawaran daripada pihak FRIM sehingga sijil-sijil berkenaan diperbaharui. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab pihak pembekal/ pekhidmat untuk memuatnaik sijil-sijil yang terkini ke dalam sistem Myportal; 8. Pembekal/Pekhidmat berjanji tidak akan terlibat dengan mana-mana amalan rasuah samada secara langsung atau tidak langsung di dalam perolehan kerajaan dan tidak bersubahat dengan mana-mana penjawat awam FRIM yang boleh menjejaskan ketelusan dan keadilan semasa di dalam proses perolehan dan semasa tempoh perlaksanaan kontrak; dan 9. Kegagalan pembekal/pekhidmat mematuhi perkara 8 di atas, adalah menjadi satu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 (Akta 694) dan boleh dikenakan tindakan undang- undang jika di dapati bersalah.
Saya telah membaca dan bersetuju perakuan di atas adalah benar.